Pemilihan pekerjaan adalah penglahiran perlakuan yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti dan kebolehan seseorang. Pekerjaan menggambarkan cara hidup clan persekitaran, bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan. Untuk bekerja sebagai tukang kayu bermaksud bukan sahaja menggunakan alat-alat tetapi juga mewakili status yang tertentu, peranan komuniti, dan cara hidup yang khusus. Dalam hal ini, kecenderungan kepada sesuatu pekerjaan sebenarnya menggambarkan beberapa keterangan iaitu: motivasi dan pengetahuan individu tentang pekerjaan yang dipersoalkan, wawasan dan kefahaman tentang diri dan kemampuannya.
No comments:
Post a Comment