KELAB KERJAYA SMK SEAFIELD
"Success is a journey, not a destination"
Friday, July 15, 2016
Monday, September 12, 2011
Sunday, July 31, 2011
SELAMAT BERPUASA...:)
Monday, June 13, 2011
Jom Sertai Kuiz Kerjaya 2011
KUIZ KERJAYA
KARNIVAL KAUNSELING PENDIDIKAN KERJAYA 2011
SMK SEAFIELD, SUBANG JAYA, SELANGOR
1. Berikut adalah faktor-faktor mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang individu KECUALI ;
A) Minat
B) Personaliti
C) Nilai
D) Ketrampilan
2. Bidang kerjaya sosial merujuk kepada individu yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut ;
A) Orang yang suka kerja berkaitan dengan data, mempunyai kebolehan perkeranian atau berkenaan nombor, membuat kerja dengan terperinci.
B) Orang yang suka belajar, memerhati, menyelidik, menganalisis atau menyelesaikan masalah.
C) Orang yang suka bekerja berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.
D) Orang yang suka kerja berkaitan dengan pemujukan mempengaruhi orang lain, membuat persembahan atau menguruskan wang.
3. Berikut merupakan antara perkara yang diminati oleh seorang ahli biologi;
A) mengurus dan menyelia kerja oang lain
B) mengajar dan melatih
C) menjalankan kajian, tinjauan atau ujian
D) menghias dan mereka
4. Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkaitan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi. Oleh itu, bidang Psikologi adalah seperti berikut KECUALI ;
A) Psikologi klinikal
B) Psikologi pembangunan
C) Psikologi pendidikan
D) Psikologi sosial
1
5. Ujian anti-doping di kalangan atlet biasanya dijalankan oleh
A) Pakar Perubatan Sukan
B) Pakar Patologi
C) Pakar Paramedik
D) Pakar Nutrisi dan dietetik
6. Berikut ialah perkhidmatan dalam kerjaya bidang patologi KECUALI;
A) Menyediakan diagnosis awal sebelum membolehkan doktor atau pakar perubatan mengesan, mendiagnosis dan merawat penyakit.
B) Membantu mengenalpasti punca dan bagaimana kejadian berlaku.
C) Membantu mahkamah membuat keputusan kes, jenayah terutama bunuh dan rogol.
D) Menjadi mata dan telinga doktor mengenai rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
7. Mengikut teori John. H. Holland, bidang kerjaya dibahagikan kepada 6 bidang utama seperti berikut KECUALI:
A) Realistik
B) Artistik
C) Sosial
D) Intelektual
8. Mereka adalah golongan yang terlibat dalam mengenal pasti dan merawat pesakit yang mengalami kecelaruan dari segi pemakanan seperti aneroksia, bulimia dan sebagainya.
A) Psikologi
B) Dietetik
C) Pakar perubatan sukan
D) Pegawai Kesihatan Persekitaran
9. Nisbah kerjaya ini kepada penduduk Malaysia ialah 1 : 10, 900.
A) Psikologi
B) Dietetik
C) Doktor gigi
D) Pakar perubatan sukan
10. Antara mata pelajaran yang penting bagi mencapai cita-cita di bidang kedoktoran adalah seperti berikut KECUALI
A) Sejarah
B) Matematik
C) Fizik
D) Biologi
2
11. Para graduan yang meminati kerjaya ini perlu menjalani ”housemanship” untuk tempoh 12 bulan.
A) Fisioterapi
B) Doktor Perubatan
C) Bio-Medikal
D) Ahli Farmasi
12. Setelah memiliki kelayakan akademik, seorang siswazah di bidang ini boleh mempunyai kepakaran tertentu antaranya MRI, Imbasan CT (CT Scan), Radiografi digital, Memografi, Angiografi dan Pengarkiban sistem imej dan komunikasi. Oleh itu kerjaya yang sesuai dalam bidang ini ialah ...
A) Ahli Farmasi
B) Juruteknik Pengimejan Perubatan (MIT)
C) Bio-Medikal
D) Fisioterapi
13. Pelajar aliran sastera boleh mengikuti kursus peringkat diploma atau ijazah Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik Perubatan sekiranya mendapat kepujian dalam mata pelajaran
A) Sejarah dan Rampaian Sains
B) Matematik dan Rampaian Sains
C) Matematik tambahan dan Prinsip Akaun
D) Matematik dan Geografi
14. Setelah memiliki kelayakan akademik yang sewajarnya, seorang jururawat harus berdaftar dengan ...
A) LJM dan APC
B) APC dan LLN
C) LJM dan APQ
D) APQ dan LLN
15. Kerjaya di bidang ”A” mempunyai peluang kerjaya yang luas, pelbagai dan mencabar antaranya di makmal perubatan, industri farmaseutikal, pegawai pemasaran dan jualan serta di bidang akademik. Kerjaya di bidang ”A” ialah...
A) Bioteknologi
B) Sains Forensik
C) Sains Bio- Medikal
D) Farmasi
3
16. Kerjaya teknikal yang mempunyai ciri-ciri Artistik ialah
A) Juruteknik Elektrik
B) Mekanik Peralatan
C) Tukang Paip
D) Arkitek
17. Seorang Pegawai Perhubungan Awam mempunyai kemahiran seperti berikut
A) mengumpul dan menganalisis data
B) membantu dan membimbing
C) berkomunikasi dengan pihak lain
D) mengubah dan menulis
18. Suasana kerja di Firma Industri adalah sesuai bagi kerjaya
A) Jurutera Elektrik
B) Ahli Terapi
C) Pengurus Pentas
D) Penterjemah
19. Antara ciri-ciri ketrampilan seorang Pegawai Pemasaran adalah seperti berikut KECUALI
A) Personaliti yang menarik
B) Bekerja tidak mengira masa
C) Pasif
D) Bijak berhubung dengan orang lain
20. Seorang yang pakar di bidang Bio Tumbuhan biasanya disebut....
A) Ahli Psikologi
B) Ahli Ekologi
C) Ahli Farmasi
D) Ahli Geologi
21. Bidang Pediatrik adalah berkaitan dengan
A) Pemeriksaan yang menggunakan alat X-Ray
B) Kajian penyakit dalam makmal perubatan
C) Bedah siasat mayat untuk menentukan punca kematian
D) Kesihatan dan penyakit kanak-kanak
4
22. Agensi yang menyediakan program latihan teknikal adalah seperti berikut KECUALI
A) Institut Kemahiran MARA
B) Pusat Giat MARA
C) Majlis Amanah Rakyat
D) Pusat Latihan Lanjutan Tinggi
23. Universiti Pertahanan Nasional (UPN) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam.
A) Benar
B) Salah
24. UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) merupakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.
A) Benar
B) Salah
25. Program Matrikulasi mempunyai dua jurusan iaitu sains dan perakaunan.
A) Benar
B) Salah
26. Yang manakah di antara bidang-bidang kerjaya tersebut berkaitan dengan bidang insuran
A) Fisioterapi
B) Radiologi
C) Patologi
D) Aktuari
27. Pekerjaan yang paling sesuai bagi siswazah Sains Komputer ialah
A) Guru Sains
B) Penjual Komputer
C) Juruanalisis Sistem Komputer
D) Pelukis Grafik
28. Kursus Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia TIDAK menawarkan pengajian dalam aliran
A) Sains Hayat
B) Sains Fizikal
C) Perakuanan
D) Kesusasteraan Melayu
5
29. Antara faktor berikut yang manakah TIDAK memberi kesan terhadap peluang pekerjaan
A) Kepadatan Penduduk
B) Pengaruh Keluarga
C) Faktor Iklim
D) Pengaruh Kestabilan Negara
30. Berikan nama singkatan dalam Bahasa Inggeris untuk Pusat Latihan Lanjutan Tinggi
A) CIAST
B) ADTEC
C) UITM
D) ILP
p/s - Hantarkan jawapan penyertaan sebelum atau pada 26 Jun 2011 (Ahad) di email : jafny_ubkseafield@yahoo.com