Kepada Tetamu Yang Sudi Singgah, Selamat Datang...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...

SELAMAT HARI GURU DARI KAMI DI KELAB KERJAYA SMK SEAFIELD JASA KALIAN TETAP DIKENANG...

Tuesday, May 11, 2010

Pendidikan Kerjaya di Sekolah

Oleh ;

En. Jafny Hj. Jaapar (GBKSM SMK Seafield)

Menyingkap kronologi perkembangan pendidikan kerjaya di sekolah di Malaysia, menurut Abdullah & Tamin (1989), pada lewat 1930an, timbulnya kesedaran dalam kalangan pemerintah tentang ketiadaan langsung sebarang panduan dan bimbingan kerjaya yang diberikan kepada pelajar pada ketika itu. Pada tahun 1939, sebuah buku bertajuk A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils telah diterbitkan di mana banyak menerangkan tentang jenis-jenis kerja dan analisis satu siri kerjaya di dalam perkhidmatan kerajaan ketika itu. Tetapi ianya hanya terhad kepada para pegawai dan pentadbir sahaja.

Pada tahun 1961, Kementerian Buruh pula menerbitkan sebuah lagi buku mengenai kerjaya yang bertajuk Handbook Facilities in the Federation of Malaya yang banyak menerangkan tentang panduan pekerjaan dan kerjaya, tetapi ia juga tidak disebarkan kepada umum secara meluas. Namun, selepas negara mencapai kemerdekaan dan setelah menyedari tentang kekurangan ini, kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan dan Vokasional di bawah Kementerian Pelajaran.

Seterusnya, pada tahun 1962, setelah jawatankuasa ini mencadangkan usul supaya satu latihan vokasional atau sekolah khas melatih kemahiran vokasional kepada UNESCO, maka pihak UNESCO telah menghantar seorang pakar perunding dalam bidang bimbingan dan vokasional iaitu R.K MacKenzie dari Kanada ke Malaysia. Tujuannya adalah untuk mengajar dan membimbing sebelas orang pegawai pelajaran dari seluruh negara di bawah skim Rancangan Colombo, bertempat di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras selama setahun.

Cabaran untuk memperluaskan lagi khidmat bimbingan kerjaya di sekolah-sekolah telah diletakkan kepada MPIK untuk melatih lebih ramai kaunselor di sekolah-sekolah menengah dan pada tahun 1969, menyedari betapa pentingnya khidmat bimbingan kerjaya ini, maka pihak MARA menubuhkan pula sebuah unit khas yang bertujuan untuk memberikan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajarnya serta ibu bapa. Jika dilihat di Maktab-maktab Rendah Sains MARA, perkembangan khidmat ini sangat efisien dari masa ke semasa.

Menurut Abdul Latif Md. Ali, (1984) pula, walaupun bimbingan kerjaya di Malaysia bermula seawal tahun 1939, tetapi secara secara rasminya bimbingan ini bermula di sekolah ialah pada tahun 1967. Kementerian pendidikan Malaysia melalui Surat Pekeliling Pentadbiran No.3/67 pada 1982 pula mengarahkan bermula tahun 1983, setiap sekolah perlu mempunyai seorang guru bimbingan kerjaya. Seterusnya, pada tahun 1984, arahan sekali lagi dikeluarkan oleh kementerian di mana setiap sekolah perlu menyediakan bilik kaunseling dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan bagi memastikan guru bimbingan kerjaya dapat menjalankan perkhidmatan mereka dengan sebaik mungkin.

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan kerjaya tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan suatu tahap kematangan kerjaya yang sesuai dengan tahap perkembangan terutamanya dari segi mengenali kebolehan diri dan mengenali potensi diri, selain melahirkan pelajar yang berdaya saing, seimbang, berjiwa besar dan berwawasan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan secara seimbang.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KERJAYA

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KERJAYA

(SESI PAGI)

TARIKH : 21 APRIL 2010 (Rabu)

MASA : 8.00 – 11.00 pagi

TEMPAT : Taman Herba, SMK Seafield

SASARAN :Tingkatan 3, 4 & 5

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KERJAYA

(SESI PETANG)

TARIKH : 14 APRIL 2010 (Rabu)

MASA : 1.30 – 4.00 petang

TEMPAT : Studio Pendidikan Seni Visual, SMK Seafield

SASARAN :Tingkatan 1 & 2

Kuiz Kerjaya 2010

TARIKH : 14 APRIL 2010 (Rabu)

MASA : 8.00 – 9.30 pagi

TEMPAT : Makmal Pembelajaran Bestari (MPB)

SASARAN : Pelajar Tingkatan 5 & 6

Pertandingan Pendidikan Kerjaya 2010

Kelab Kerjaya dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjalankan Pertandingan Pendidikan Kerjaya 2010 dengan jayanya. Berikut adalah maklumat pertandingan : Tarikh : 14 - 27 April 2010 Tempat : Makmal Pembelajaran Bestari dan Taman Herba, SMK Seafield Tema : " Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara"

Matlamat :

  • · Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang kerjaya.
  • · Memperluaskan pengetahuan murid tentang kerjaya dalam bidang ”Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar”
  • · Menggalakkan murid membuat kajian membina ( R & D ) dalam mengumpulkan maklumat yang komprehensif untuk menyediakan buku skrap maklumat kerjaya.