Kepada Tetamu Yang Sudi Singgah, Selamat Datang...

Sunday, February 28, 2010

MY JOB AND I

I want to enjoy my work

and feel that it is meaningful.

I want to grow as person on the job dimension

that are important to me.

I want to come home from work

relaxed rather than frustrated

so I can notice and enjoy the

other good things in life.

Saturday, February 27, 2010

PANDUAN UJIAN MEdSI

  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 15 April 2010.

  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 24 April 2010.
  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.
  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.
  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.
  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).
Dikemaskini pada 10/12/2009

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA

Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. • Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

KEPERLUAN MERANCANG KERJAYA

Setiap individu akan melalui satu peringkat dalam kehidupan mereka. Pada masa ini, mereka akan mula memikirkan tentang pekerjaan. Apabila individu melangkah ke kolej, universiti ataupun institusi-institusi latihan dan kemahiran, dia akan mula memikirkan secara serius apakah kerjaya yang hendak diceburinya. Dalam situasi ini, pelajar khususnya akan memikirkan bahawa bagi mendapatkan pekerjaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi.

Apabila individu bekerja sepenuh masa sepanjang hayatnya, pelajar akan menghabiskan masa separuh daripada masanya berjaga bagi bekerja. Masa yang dihabiskan bagi bekerja ini sebenarnya adalah lebih banyak daripada masa yang diluangkan oleh individu secara bersendirian. Oleh sebab itu, membuat keputusan yang tepat tentang kerjaya adalah satu perkara yang penting.

Persoalan akan timbul, apakah saya akan seronok dengan kerjaya pilihan saya? Bagaimanakah kerjaya dapat memberikan kesan kepada cara dan gaya hidup saya? Berapa banyakkah perdapatan yang akan saya perolehi? Individu yang macam manakah akan berdamping dengan saya?

Pemilihan kerjaya, sebenarnya perlulah menepati beberapa item. Ia seharusnya kerjaya yang diminati, mencabar keupayaan, dan sesuai dengan nilai-nilai dan matlamat-matlamatnya. Ia mestilah selaras dengan diri individu itu sendiri. Jika individu gembira dengan kerjayanya, dia akan merasa gembira dengan dirinya dan seterusnya turut gembira dengan kehidupan yang dilaluinya.